KAKAK kepada penyanyi Indonesia, Virgoun, Febby Carol memberi respons terhadap isu yang tersebar di media sosial mengenai dakwaan adik iparnya yang juga pelakon Lindi Fitriyana hamil sebelum berkahwin.Menurut laporan Kompas, Febby tidak mahu memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menyebarkan fitnah dan cuba menjatuhkan nama baik adiknya. "Bagi orang-orang yang sakit hati atau nak tumpang populariti, saya takkan beri mereka peluang berbuat demikian. Virgoun (kiri) dan Lindi bernikah pada 26 Februari."Saya tidak mahu melayan kisah fitnah ini," katanya. Dalam pada itu, Febby memberitahu dia memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan berkenaan, termasuk perkara yang melibatkan keluarga. "Selain daripada soalan mengenai anak saudara (anak Virgoun) dan adik saya, saya tidak mahu jawab apa-apa," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun tamat zaman duda, pilih bulan Ramadan untuk kembali bernikahARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporanPada Khamis, Virgoun mendirikan rumah tangga dengan Lindi selepas tiga tahun bergelar duda. Terdahulu bekas kekasih Virgoun, Luna Alhamdy Putri dipercayai menyindir pasangan tersebut apabila memuat naik hantaran di media sosial dengan lagu latar berjudul Hamil Duluan sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ini merupakan perkahwinan kedua Virgoun selepas sah bercerai dengan penyanyi Inara Rusli pada November 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube