KISAH keluarga penyanyi Inara Rusli sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dia tampil membuat laporan mendakwa bekas suaminya, Virgoun membawa lari tiga anak mereka.Laporan tersebut dibuat oleh Inara, 33, di Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jakarta Timur, Indonesia bagi mendapatkan kembali hak penjagaan anak seperti yang ditetapkan mahkamah. Ketika bertemu media, penyanyi itu secara ringkas menegaskan tiada sebarang perjanjian baharu antara dia dan Virgoun yang menetapkan bekas suaminya itu mendapat izin menjaga anak-anak mereka.Virgoun didakwa memutuskan hubungan Inara dengan anak-anak. “Tidak! Belum ada sebarang kebenaran,” katanya ringkas.Difahamkan Virgoun bertindak membawa anak-anaknya keluar sejak November lalu selepas Inara berdepan kontroversi menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.Inara dalam masa sama mendakwa Virgoun telah menyekat sebarang bentuk komunikasi bersama anak-anak.ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak jadi mangsa buli isu skandal Inara, Virgoun rancang rebut hak penjagaan ARTIKEL BERKAITAN: Inara mengaku pernah pukul anak, tuduhan ibu mentua tepatSebelum ini, Virgoun dalam satu kenyataan memberitahu dia mengambil anak-anaknya itu kerana enggan mereka terjejas susulan kisah panas yang sedang berlaku melibatkan Inara.Sementara itu, wakil suruhanjaya mengesahkan pihak mereka menerima laporan berkenaan dan sedia menjalankan siasatan.Inara tuntut keadilan buat dirinya. “Hak penjagaan anak adalah di tangan ibu. Ini adalah satu bentuk kekerasan kerana kita harus memikirkan soal psikologi anak-anak,” ujarnya.Untuk rekod, Inara dan Virgoun sah bercerai pada November 2023 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube