suria

Bimbang anak jadi mangsa buli isu skandal Inara, Virgoun rancang rebut hak penjagaan

Virgoun tidak mahu anak menjadi mangsa buli.

PENYANYI Indonesia, Virgoun dikatakan bersedia untuk menuntut hak penjagaan terhadap tiga anaknya daripada bekas isteri, Inara Rusli.

Menurut ibu Virgoun, Eva Manurung keputusan tersebut diambil selepas Inara dipercayai terlibat dalam hubungan terlarang. 

Katanya, Virgoun sedang membuat persiapan dokumen berkaitan tindakan undang-undang itu, namun proses berkenaan masih belum didaftarkan secara rasmi di mahkamah.

Inara sebelum ini mendapat hak jagaan bagi tiga anaknya.

Eva memaklumkan bahawa beberapa bukti telah dikumpulkan, namun dia enggan mendedahkan butiran lanjut dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Semuanya masih dalam proses. Bukti-bukti daripada kejadian sebelum ini sudah ada,” katanya seperti dipetik daripada Detik Hot.

Tambah Eva, tindakan tersebut diambil demi melindungi masa depan serta kesejahteraan emosi dan psikologi anak-anak, terutamanya daripada kesan negatif susulan kontroversi yang berlaku.

Dia turut meluahkan kebimbangan sekiranya cucu-cucunya menjadi mangsa buli dan hinaan akibat perbuatan Inara.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli akhirnya bersuara, tampil buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Virgoun ‘angkat kaki’ hanya bawa spender, bekas ibu mentua kecewa Inara Rusli didakwa berzina dalam rumah anaknya

“Walaupun ada yang menganggap perkara ini sebagai isu kecil, namun tidak bagi saya. Kini saya tidak lagi memikirkan tentang diri sendiri, sebaliknya hanya memikirkan masa depan mereka,” katanya.

Untuk rekod, Inara Rusli dan Virgoun sah bercerai pada tahun lalu selepas dia mendakwa dirinya menjadi mangsa kecurangan.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain