suria

Inara Rusli akhirnya bersuara, tampil buat laporan polis

Inara kelihatan sebak ketika bertemu media.

PENYANYI Inara Rusli tampil membuat laporan polis selepas namanya kini terkait kontroversi menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang. 

Perkara tersebut disahkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Indonesia yang menerima laporan berkenaan pada Rabu lalu.  

Namun isi kandungan dan individu yang disebutkan dalam laporan berkenaan tidak didedahkan. 

Insanul (kiri) mengaku sudah menikahi Inara. 

"Betul ada terima laporan. Individu yang dilaporkan masih dalam siasatan," jelas wakil polis. 

Dipercayai penyanyi ini mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan videonya bersama Insanul Fahmi iaitu lelaki yang dikatakan sudah menjadi suaminya sejak Ogos lalu. 

Sementara itu, Inara dalam satu sidang media khas akhirnya tampil bersuara secara terbuka dan membuat permohohan maaf atas kekecohan yang berlaku. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita dah kahwin Ogos lalu, berdepan hukuman penjara kerana nikah tanpa izin isteri pertama 

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa anak lari, dakwa simpan video Inara Rusli berzina

"Kepada semua pihak, jika masih percayakan saya, terima kasih dan terus doakan. 

"Cukuplah Allah menjadi saksi sebaik-baik amalan kita," katanya ringkas kepada media di sana. 

Kontroversi membabitkan Inara mula timbul selepas isteri pertama Insanul tampil membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi itu. 

Insanul kemudian dalam satu temu bual menafikan perbuatan zina dengan Inara dan memberitahu mereka sah bergelar suami isteri pada Ogos lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia