suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Virgoun bawa anak lari, dakwa simpan video Inara Rusli berzina

Virgoun kongsi keadaan anaknya di media sosial.

PENYANYI Virgoun dikatakan membawa tiga anaknya jauh daripada bekas isteri, Inara Rusli, selepas wanita itu didakwa menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Menurut laporan, tindakan Virgoun, 39, itu bertujuan melindungi anak-anaknya daripada terpalit dengan kekecohan yang sedang hangat diperkatakan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu Virgoun iaitu Eva Manurung kepada pihak media.

Virgoun bawa anak pergi bercuti.

Virgoun juga difahamkan sempat meninggalkan mesej kepada Inara dan berharap bekas isterinya itu sudah mendirikan rumah tangga.

Dia juga menegaskan bahawa dirinya mempunyai rakaman bukti hubungan intim yang dilakukan Inara bersama lelaki dikenali sebagai Insanul Fahmi.

"Mudah-mudahan kamu sudah nikah kerana aku sudah ada bukti kamu melakukan hubungan badan di lantai tiga. 

"Anak-anak aku bawa sampai kekecohan ini reda," katanya seperti didedah di saluran YouTube Richard Lee.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir tak percaya, ibu Virgoun kejang selepas tahu kes Inara Rusli

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita dah kahwin Ogos lalu, berdepan hukuman penjara kerana nikah tanpa izin isteri pertama

Dalam pada itu, Eva memberitahu, Virgoun juga meminta agar ibunya tidak bercakap mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, Inara dikatakan masih lagi mengunci mulut berhubung dakwaan dirinya sudah menjadi isteri kepada Insanul.

Untuk rekod, Inara Rusli bercerai dengan Virgoun pada 2023 selepas didakwa menjadi mangsa kecurangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain