suria

Lee Seung Gi harap anak tidak pilih kerjaya seni, banyak tekanan perlu ditempuh

Seung Gi kalau boleh tidak mahu anaknya ceburi bidang seni.

PENGALAMAN luas sebagai seorang artis membuatkan penyanyi dan pelakon Lee Seung Gi sedar tidak mudah untuk mecapai kejayaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 

Disebabkan itu juga Seung Gi, 38, lebih berharap agar anak perempuannya tidak memilih kerjaya dalam dunia seni apabila sudah dewasa. 

“Saya melalui semua fasa dunia hiburan, termasuk perubahan besar dalam program aneka ragam.

Seung Gi tak mahu anaknya lalui pengalaman sukarnya bergelar artis.

“Memang kerjaya ini boleh membawa kebahagiaan kalau berjaya, tapi sebelum sampai ke tahap itu, terlalu banyak pengorbanan dan tekanan perlu ditempuh. 

“Secara peribadi, saya sangat berharap dia tidak memilih jalan itu,” katanya.

Bahkan menurut Seung Gi kerisauan terhadap dunia hiburan sudah lama terlintas di fikirkan, bahkan sebelum dikurniakan cahaya mata. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak tahan sikap bapa mentua, Lee Seung Gi nekad putuskan hubungan 

ARTIKEL BERKAITAN: Kes manipulasi harga saham bapa mentua dibicarakan semula, Lee Seung Gi pula disuruh bersara

Sebagai seorang bapa, dia merasakan tidak sanggup untuk melihat anaknya melalui kesusahan hidup bergelar artis. 

“Orang selalu kata belajar itu paling mudah. Dulu saya tak faham, tapi sekarang saya faham sangat.

“Belajar ada sistem perlindungan, tetapi dalam dunia hiburan tiada siapa yang melindungi. Semuanya perlu diurus sendiri.

Seung Gi merasakan belajar di sekolah lebih mudah.

“Kerja ini ibarat masuk hutan… saya tak pasti sama ada saya sanggup melihat anak saya melalui semua itu,” jelasnya.

Untuk rekod, Seung Gi berkahwin dengan pelakon Lee Da In pada April 2023 dan pasangan ini menimang cahaya mata perempuan pada Februari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia