suria

Lelaki pun dah tak selamat! Ada tangan ‘merayap’ dari bawah pentas, kemaluan penyanyi diraba peminat wanita

Mario terganggu dengan sikap biadap peminat.

PENYANYI R&B, Mario diganggu seorang peminat wanita ketika sedang membuat persembahan di Masonic Jack White Theatre, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial, Mario atau nama sebenarnya Mario Dewar Barrett, 39, dilihat sedang asyik membuat persembahan di atas pentas namun secara tiba-tiba tangan seorang wanita muncul dari bawah pentas.

Tangan tersebut dilihat memegang peha sekali gus meraba kemaluan Mario sambil disaksikan ratusan peminat.

Mario beri amaran kepada peminatnya.

Lebih mengejutkan, tangan wanita berkenaan juga memakai cincin berlian, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dirinya mungkin berstatus isteri orang.

Dalam video tersebut, Mario dilihat menunduk ke arah wanita itu dan menegurnya dengan nada lembut namun tegas.

"Jangan main-main dengan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amanda Monopo dikerumun peminat, tak sedar dada diraba

ARTIKEL BERKAITAN: Shim Eun Woo bebas tuduhan buli di sekolah, mohon peluang kedua

Wanita berkenaan bagaimanapun segera menarik tangannya dan Mario terus menghiburkan peminat yang hadir tanpa sebarang gangguan.

Setakat ini, wakil Mario masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Namun begitu, kejadian itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai gangguan seksual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia