suria

Penyanyi wanita dah kahwin Ogos lalu, berdepan hukuman penjara kerana nikah tanpa izin isteri pertama

Insanul (kiri) menjelaskan status hubungan dengan Inara.

KONTROVERSI membabitkan penyanyi Inara Rusli yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang menjadi semakin hangat apabila dia dikatakan sudah bernikah dengan lelaki berkenaan.

Pengakuan tersebut dibuat sendiri oleh Insanul Fahmi yang memberitahu bahawa dia telah menjadi suami kepada Inara pada Ogos lalu dan pernikahan mereka dilakukan secara sembunyi.

“Kami sudah bernikah. Kami tidak takut berbuat dosa kerana sudah menjadi suami isteri,” katanya ketika menjadi tetamu dalam podcast di saluran YouTube Richard Lee.

Insanul tampil bersuara menjawab kontroversi melibatkan dirinya. 

Pendedahan tersebut sekali gus menepis dakwaan bahawa dia dan Inara sebelum ini melakukan perbuatan zina.

Dalam masa sama, Insanul juga memberitahu bahawa dia tidak berlaku jujur terhadap Inara kerana merahsiakan statusnya ketika itu yang masih sah bergelar suami kepada pempengaruh, Wardatina Mawa.

“Ketika itu saya beritahu kepadanya bahawa saya sudah bercerai,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dituduh berzina dengan suami orang, Inara Rusli tampil mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina

Tambah Insanul, pernikahan tersebut juga berlaku ketika dia berdepan masalah rumah tangga dengan Mawa namun mereka masih belum sah bercerai.

Biarpun mereka telah bernikah, Inara dan Insanul berdepan hukuman penjara selama lima tahun kerana berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

Inara berdepan kecaman selepas didakwa melakukan zina. 

Malah kedua-duanya juga boleh dikenakan tindakan atas kesalahan zina kerana difahamkan Insanul hanya meminta kebenaran Mawa untuk bernikah lain pada Oktober lalu.

Pada 22 November lalu, Mawa membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Inara.

Dia juga mendakwa mempunyai bukti kukuh melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Insanul melakukan perbuatan zina dengan penyanyi itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia