suria

Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina

Inara didakwa menjadi perosak rumah tangga pempengaruh Indonesia.

PEMPENGARUH Indonesia, Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis di Polda Metro Jaya, Jakarta pada Sabtu terhadap suaminya, Insanul Fahmi dan selebriti dengan inisial IR atas tuduhan curang dan cuba melakuan zina. 

Difahamkan wanita inisial IR yang didedahkan Wardatina dipercayai bekas isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli. 

Wardatina dalam satu temu bual bersama media mendedahkan rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun telah diganggu orang ketiga dengan inisial IR.

“Terima kasih rakan-rakan media. Buat saat ini saya tidak dapat memberi sebarang kenyataan. Doakan semoga segala proses berjalan lancar.

“Saya baru saja membuat laporan terhadap suami saya yang didakwa curang dan melakukan zina dengan seorang individu dikenali IR. Saya serahkan kes ini kepada pihak polis,” katanya.  

Menurut Wardatina, dia juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti. 

Katanya, hubungan sulit itu bermula daripada kerjasama perniagaan dan komuniti pengajian agama sebelum terbongkar pada Ogos lalu.

“Saya sudah serahkan bukti kepada pegawai penyiasat. Ada rakaman CCTV berkaitan hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh jalin hubungan sulit dengan peguam, digelar tiada maruah - “Saya masih isteri Virgoun”

“(Kejadiannya) di Jakarta. Saya tahu (mengenai hubungan sulit) sejak Ogos lalu,” katanya.

Tambah Wardatina, dia juga mengaku sudah menghubungi pihak IR serta berbincang dengan suaminya.

“Saya sudah berbincang dengan suami dan IR. Sekarang kami tidak berkomunikasi lagi,” katanya.

Wardatina turut mendakwa suami dan selebriti itu mengakui hubungan terlarang tersebut.

“(Ya) mengakui,” katanya sebelum beredar dari Polda Metro Jaya.

Virgoun pernah menceraikan Inara kerana orang ketiga.

Menguatkan lagi dakwaan individu tersebut ialah Inara, beberapa mesej dipercayai antara Wardatina dan IR turut tular memaparkan IR mendakwa tidak mengetahui suaminya masih belum bercerai. 

Dalam mesej itu, nama Inara sempat terlihat sebelum disunting.

Untuk rekod, Inara Rusli bercerai dengan Virgoun pada 2023 selepas didakwa menjadi mangsa kecurangan.

Setakat ini, Inara masih belum tampil memberi kenyataan rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia