AGENSI kepada pelakon Korea Selatan, Song Ji Hyo iaitu Nexus E&M tampil menafikan dakwaan palsu yang mengaitkan syarikat milik bapa aktres itu dengan isu hutang tertunggak.
Dalam satu kenyataan, Nexus E&M menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang segera terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.
Pada 21 November lalu, agensi itu melalui firma guaman Namsan Law Firm mendedahkan pihaknya menerima satu e-mel palsu mengandungi tuduhan tidak berasas serta draf kain rentang yang sengaja mahu memalukan pelakon itu dengan mengaitkan perniagaan feri keluarganya kononnya gagal membayar hutang.

Agensi Ji Hyo akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.
Menurut laporan Yonhap News, tindakan tersebut dianggap sebagai satu serangan jenayah yang mencemarkan nama baik Ji Hyo, 44, serta menjejaskan operasi syarikatnya.
Nexus E&M menyifatkan perbuatan itu sebagai cubaan terancang untuk menjatuhkan imej dan maruah artis mereka.
Firma guaman tersebut menegaskan sebarang bentuk ugutan, paksaan atau cubaan merosakkan reputasi akan dibalas dengan laporan polis serta tuntutan ganti rugi tanpa kompromi.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Ji Hyo tak putus asa, syukur perniagaan pakaian dalam semakin laku
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara seekor serangga, Song Ji Hyo pergi balai polis minta bantuan
Ji Hyo sebelum ini tidak pernah menyembunyikan tentang perniagaan feri keluarganya namun sentiasa bersikap profesional.
Bagaimanapun, tuduhan terbaru yang bermotif jahat itu dilihat sudah melampaui batas sehingga menyentuh hal peribadi.
Pendekatan tegas Nexus E&M ini turut mencerminkan trend baharu dalam industri hiburan Korea iaitu syarikat tidak lagi berdiam diri apabila artis mereka menjadi mangsa fitnah dan gangguan siber.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


