suria

Peguam dedah Ruben Onsu masih tanggung insurans dan kos elektrik bulanan bekas isteri

Ruben tidak mengeluh bayar insurans milik Sarwendah walaupun mereka sudah berpisah.

DI SEBALIK kemelut yang melanda antara pengacara Indonesia, Ruben Onsu dan bekas isterinya, Sarwendah, muncul pula satu pendedahan baharu yang mencuri perhatian ramai mengenai kemurahan hati selebriti itu walaupun rumah tangga mereka sudah berakhir.

Menurut peguam mewakili Ruben, Minola Sebayang, anak guamnya masih meneruskan pembayaran premium insurans peribadi milik Sarwendah. 

Perkara itu dilakukan atas inisiatif Ruben walaupun sudah tidak lagi menjadi tanggungjawabnya selepas perceraian. 

Ruben enggan keruhkan keadaan dengan Sarwendah.

Jelas Minola, tindakan itu diambil untuk menjaga hubungan baik dan mengelakkan situasi semakin tegang.

Minola turut menunjukkan bukti pembayaran insurans atas nama Sarwendah yang dibayar Ruben sehingga Mei lalu.  

Penjelasan itu dibuat bagi menepis dakwaan yang mengatakan Ruben berkira-kira atau mengabaikan keperluan bekas isterinya.

“Ini contohnya, ada insurans Prudential. Pemegang polisinya ialah Sarwendah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih berbahasa Inggeris, Ruben Onsu kelaparan sepanjang penerbangan ke India

ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu berjaya hafal surah pendek selepas 2 hari peluk Islam

"Sejak berlaku perceraian sehinggalah Mei baru-baru ini, anak guam saya masih membayar insurans untuk bekas isterinya," katanya.

Bukan sekadar insurans, Ruben juga dilaporkan menanggung beberapa perbelanjaan lain yang dianggap tidak munasabah seperti bil elektrik yang dibahagi dua dan barangan kecil seperti plastik sampah.

Walaupun pernah meminta penjelasan terperinci mengenai tindakan itu, Ruben tetap melakukan pembayaran untuk mengelakkan salah faham berulang.

“Kami tunjukkan ini bukan nak buka aib Sarwendah. Cuma nak jelaskan bahawa Ruben tak mahu memperbesarkan hal-hal kecil. Hubungan silaturahim tetap dijaga,” ujarnya.

Ruben pentingkan ketenangan berbanding isu duit.

Menurut Minola, pendedahan yang dibuat membuktikan anak guamnya sentiasa mengutamakan ketenangan. 

Namun peguam itu kesal apabila kebaikan Ruben kadang kala dibalas dengan naratif negatif di media, seolah-olah Ruben tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Untuk rekod Ruben dan Sarwendah pernah berkahwin pada 22 Oktober 2013, namun mereka bercerai pada 24 September tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain