PELAKON Priyanka Chopra berdepan kecaman teruk selepas tular sebuah video lama yang mendakwa dia sengaja mengupah peminat untuk meminta autografnya ketika di lapangan terbang.
Spekluasi mula timbul selepas dua individu sama dilihat berlari berlari mengejarnya sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa minit.
Kemunculan peminat itu dikatakan telah dirancang oleh pihak pengurusan sebagai salah satu taktik publisiti bagi menunjukkan imej baik Priyanka

Priyanka didakwa sengaja mengupah peminat untuk meminta autografnya.
"Aksi itu kelihatan sangat dirancang sehingga menimbulkan persoalan ramai. Adakah ia hanya sebagai satu taktik publisiti selebriti?," tulis netizen.
Di sebalik kecaman yang diterima, pelakon Hollywood, Bella Thorne tampil mempertahankan Priyanka.
ARTIKEL BERKAITAN: Enggan pakai bikini, penganjur Miss World akur permintaan Priyanka Chopra
ARTIKEL BERKAITAN: Priyanka Chopra suruh ibu mentua cuci baju, bagi alasan tak pandai guna mesin basuh
Katanya situasi sebegitu sering kali terjadi apabila wujud golongan yang mengambil kesempatan menjual semula autograf selebriti secara dalam talian.
"Saya tidak rasa ini gimik pengurusan. Mereka memang ikut ke mana saja artis yang tiba di lapangan terbang, mungkin mereka juga akan menjual tanda tangan artis secara online kepada peminat.
"Saya rasa Priyanka cuma berbuat baik dan melayani permintaan peminat yang mahu meminta autograf," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


