suria

Personaliti TV hilang hak jagaan anak, didakwa beri ubat ikut suka hati 

Personaliti TV itu didakwa memberikan ubat kepada anak tanpa kebenaran pakar.

MODEL dan personaliti televisyen, Meghan King dilaporkan kehilangan hak penjagaan sementara terhadap tiga anaknya.

Ia susulan Meghan, 41, didakwa memberikan ubat tanpa kebenaran pakar kepada salah seorang anak kembarnya berusia enam tahun.

Menurut sumber, Meghan didakwa beberapa kali memberi Ritalin iaitu ubat untuk merawat  Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) kepada anaknya, Hayes, walaupun kanak-kanak itu tidak diagnosis mempunyai penyakit itu. 

Meghan dan Jim bercerai pada 2019. 

Sehingga kini, bekas suami Meghan iaitu Jim Edmonds tidak mengetahui punca sebenar model itu bertindak sedemikian. 

Malah, Meghan juga dikatakan mengarah jururawat untuk memberikan ubat tersebut kepada anaknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert bekas anggota Girl's Generation Jessica Jung di Kuala Lumpur 13 Januari 

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung luaskan perniagaan fesyen di New York

Susulan itu, Meghan hanya dibenarkan melawat anak-anaknya dua kali seminggu dengan pengawasan pihak berkuasa. 

Untuk info, Meghan dan Jim berkahwin pada 2014 dan bercerai pada 2019. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aspen, 8, Hayes dan Hart, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain