PENYANYI Jessica Jung memilih Malaysia sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah konsert terbaharunya ‘Reflections: Jessica Concert Tour 2026’ yang bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 11 Januari depan.
Jelajah itu bakal membawa penonton menyusuri perjalanan seni Jessica sejak debut bersama kumpulan Girls’ Generation (SNSD) pada 2007 sehingga menonjol sebagai penghibur serba boleh yang aktif dalam muzik, lakonan, fesyen, dan penulisan.

Konsert Jessica bakal berlangsung di Arena Of Stars pada 11 Januari depan.
Pihak penganjur, Huishiyule, memaklumkan konsert itu akan menampilkan pentas khas berbentuk T, membolehkan Jessica berinteraksi lebih dekat dengan peminat dan menjanjikan pengalaman konsert yang lebih intim dan mengujakan.
Selain itu, perkhidmatan bas ulang-alik disediakan antara KL Sentral dan SkyAvenue Bus Terminal.
Harga tiket bas adalah RM50 untuk sehala dan RM80 untuk pergi balik.
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert bekas anggota Girl's Generation Jessica Jung di Kuala Lumpur 13 Januari
ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung luaskan perniagaan fesyen di New York
Bas dari KL Sentral akan berlepas pada 12 tengah hari dan 2 petang, manakala bas pulang dari SkyAvenue akan bertolak pada 10.30 malam dan 11.30 malam selepas konsert.
Tiket konsert dijual dengan harga RM288 hingga RM988.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


