suria

“Dah berapa hari tak gosok?” - Peminat loya gigi kuning Rizky Billar

Netizen geli lihat gigi kuning Rikzy.

GARA-GARA memakai pendakap gigi, pelakon Rizky Billar memberitahu dia mengalami kesukaran untuk membersihkan bahagian dalam mulut dengan betul. 

Disebabkan itu keadaan giginya mula menjadi kuning sehingga ada merasa jijik apabila dia menunjukkan sendiri perubahan warna tersebut. 

Menurut pelakon ini, keadaan itu juga disebabkan tabiatnya yang suka minum kopi. 

Gigi Rikzy jadi bualna netizen.

"Gigi tak boleh dibersihkan dengan baik jadi kuning sebab saya suka kopi," katanya.

Rizky berkongsi perkara tersebut dalam satu video di laman TikTok di mana dia juga terpaksa menahan selera tidak dapat menikmati sate kambing kegemarannya. 

Difahamkan Rikzy mengenakan pendakap gigi bagi memperbaiki struktur wajahnya.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang bimbang keadaan giginya akan menjadi lebih teruk jika tidak dirawat segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, tak puas hati netizen gelar Abang L ‘anak kaki pukul’

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, bengang abang ipar dituduh menganggur dan menumpang rumah Lesti Kejora

Ada juga yang mencadangkan agar Rizky beralih kepada pendakap gigi jenis lutsinar kerana lebih mudah dijaga dan tidak meninggalkan kesan kotoran.

“Geli, giginya kuning sangat macam tak gosok gigi.

“Dah berapa hari tak gosok gigi. Baik jumpa doktor semula supaya gigi nampak bersih,” antara komen netizen.

Artikel Lain