suria

Kantoi curi perabot, pelakon wanita ditahan polis... Niat nak mula hidup baharu tidak kesampaian 

Mia Thornton ditahan di lapangan terbang.

BEKAS bintang program realiti Real Housewives of Potomac (RHOP), Mia Thornton ditahan pihak berkuasa di Georgia atas tuduhan mencuri barangan di sebuah kondominium yang disewanya. 

Mia, 41, ditangkap pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta sebelum  dibawa ke Penjara Fulton County.

Mia dikatakan mencuri perabot di kondominium sewaannya. 

Menurut laporan yang dibuat, Mia dipercayai mencuri perabot dari sebuah rumah jenis kondominium dengan nilai anggaran $11,000 (RM45,700). 

Dia dikatakan telah berpindah keluar dari kediaman tersebut pada Oktober lalu dengan membawa perabot berkenaan selain sebuah televisyen

Setakat ini, pihak Mia masih belum memberikan sebarang komen rasmi mengenai penahanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, tak puas hati netizen gelar Abang L ‘anak kaki pukul’

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, bengang abang ipar dituduh menganggur dan menumpang rumah Lesti Kejora

Pada April, Mia mengumumkan dia meninggalkan rancangan RHOP selepas empat musim dan dikatakan mahu  berpindah ke Atlanta untuk memulakan hidup baharu. 

Dalam pengumumannya di media sosial, Mia berkongsi bahawa dia tidak sabar untuk menempuh perjalanan baharu yang dijangka lebih indah dan bermakna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain