PENYANYI Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya iaitu pelawak Sule.
Menurut Nathalie, 33, antara perkara yang paling ditakutkan adalah anak yang bakal lahir akan mengikut rupa paras bapanya.
Disebabkan itu dia sering bertanya mengenai fizikal anak dalam kandungan setiap kali melakukan pemeriksaan imbasan di klinik.

Wajah Adzam lebih iras kepada Nathalie.
"Selama melakukan imbasan ketika hamil, saya selalu bertanya doktor hidungnya mancung atau tidak.
"Saya juga bertanya tentang warna kulit sama ada putih atau tidak," katanya dalam satu temu bual.
Untuk rekod Nathalie dan Sule bernikah pada November 2020 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Diejek seperti badak dorong Nathalie Holscher jalani pembedahan bariatrik, tertekan sebab dibuli
ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bukan tergolong obesiti, Nathalie Holscher perjelas sebab jalani pembedahan bariatrik di Pulau Pinang
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adzam Adriansyah Sutisna yang dilahirkan pada 11 Disember 2021.
Sementara itu bercakap tentang hubungan bersama Sule selepas cerai, menurut Nathalie mereka masih berkawan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
"Kami teman baik. Terima kasih kerana saling menjadi tempat meluahkan perasaan.
"Terima kasih kerana bekerjasama untuk menjaga Adzam," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


