suria

Demi ‘himpit’ golongan diraja, Tom Cruise cuba rapat semula dengan David Beckham 

Tom Cruise cuba berbaik dengan David.

AKTOR Hollywood, Tom Cruise dilaporkan sedang berusaha memulihkan semula hubungannya dengan David Beckham susulan hubungan baik bekas bintang bola sepak terkenal itu dengan keluarga diraja Britain.

Menurut laporan, kedua-dua selebriti itu mula rapat pada tahun 2007 ketika Beckham berpindah ke Los Angeles. 

Pada waktu itu, Cruise banyak membantu keluarga Beckham menyesuaikan diri dengan kehidupan di Hollywood.

Tom Cruise nak tampatkan perang dinginnya dengan David Beckham.

Bagaimanapun, menurut sumber kepada Heat Magazine, meskipun David dan Victoria Beckham selesa berhubung dengan Cruise, pasangan itu sebenarnya lebih menggemari pertemuan berskala kecil dan bersifat peribadi.

Sumber berkenaan turut menjelaskan bahawa Cruise sering dianggap ‘terlalu intens’ terutamanya untuk acara yang berlangsung dalam tempoh yang lama.

“David menyukai Tom, tetapi hanya dalam kadar yang sederhana. Dia merasakan Tom terlalu intens untuk lebih daripada sekadar sesi bertegur sapa yang singkat,” kata sumber itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise berang, dakwa bekas isteri ‘skodeng’ hubungan dengan Ana de Armas

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

Sumber sama menambah bahawa pasangan Beckham kini jarang menghadiri acara sosial di London, manakala Cruise pula dikenali gemar menganjurkan sesi minum teh dan pertemuan santai bersama golongan elit di kota tersebut.

Menurut sumber itu lagi, Cruise sering mengundang Beckham ke acara-acara tersebut namun undangan itu kerap kali tidak diterima oleh bekas pemain bola sepak itu.

“Tom selalu mengajak David, tetapi banyak kali ditolak. Situasi ini dikatakan mula membuatkan Tom berasa kurang senang,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain