suria

Tom Cruise berang, dakwa bekas isteri ‘skodeng’ hubungan dengan Ana de Armas

Tom mendakwa bekas isterinya sedang mengawasi gerak-gerinya ketika ini.

BINTANG Hollywood, Tom Cruise, 63 dilaporkan berang dengan tindakan bekas isterinya, Katie Holmes yang dikatakan mengintip hubungan baharunya bersama aktres Ana de Armas. 

Cruise yang kini menjalin hubungan dengan pelakon berdarah kacukan Cuba-Sepanyol itu dikatakan tidak senang duduk apabila Holmes dilihat meninggalkan tanda suka dalam sebuah hantaran di  Instagram miliknya.

Difahamkan hantaran yang dimuat naik itu mengenai temu janji romantiknya bersama Ana di restoran KOL, London. 

Perkahwinan Holmes dan Cruise hanya bertahan selama enam tahun.

Susulan itu, beberapa pengguna di laman sosial tampil menyelar tindakan pelakon Dawson's Creek tersebut dan menganggap ianya sebagai hal yang tidak wajar untuk dibangkitkan.

"Kita semua pernah berada di situasi itu walaupun sudah dipesan 'jangan tekan like", tetapi kita tak sengaja melakukannya. Kesian Holmes," komen seorang pengguna. 

Menurut sumber terdekat, Cruise benar-benar terkejut dengan tindakan Holmes kerana mereka sudah bertahun-tahun tidak berhubung. 

"Bagi Cruise, ia kelihatan terdesak dan agak mengganggu. Dia tidak mahu Holmes terlibat langsung dalam kehidupannya," dedah sumber itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun diabaikan, anak Tom Cruise tukar nama keluarga

Dalam masa sama sumber sama memberitahu Cruise masih lagi dihantui trauma terhadap cara perkahwinan mereka berakhir. 

"Tom masih belum dapat mengikhlaskan bagaimana perkahwinan mereka berakhir. Segalanya berlaku terlalu pantas.

"Semalam mereka bersama, esoknya Holmes sudah bawa peguam dan keluar rumah dengan anak. Cruise rasa ia satu pengkhianatan," katanya. 

Untuk rekod, perkahwinan Cruise dan Holmes, 46 hanya mampu bertahan selama enam tahun dan mereka dikurniakan zuriat bernama Suri.

Difahamkan, mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain sejak bercerai pada 2012.

Artikel Lain