PELAKON asal India, Ashish Kapoor ditahan pihak polis berhubung kes rogol seorang wanita yang didakwa melibatkan dirinya.
Perkara tersebut disahkan oleh wakil balai Civil Lines yang memaklumkan penahanan pelakon berusia 41 tahun itu dilakukan di daerah Pune.
Menurut laporan kejadian berlaku pada awal Ogos lalu melibatkan mangsa wanita berusia 24 tahun.

Ashish ditahan bagi membantu siasatan.
Pengadu mendakwa Ashish telah menyerangnya di dalam bilik mandi dalam satu parti di sebuah rumah di Delhi.
Mangsa kemudian membuat laporan pada 11 Ogos sebelum pihak polis menjalankan operasi menjejaki pelakon berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota NCT, Taeil hadapi perbicaraan rayuan kes rogol berkumpulan
ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga batal konsert saat akhir, netizen dakwa suara rosak terkena sampuk 'Pulau Patung'
Polis juga memaklumkan wanita berkenaan telah menamakan beberapa individu lain dalam aduan awalnya, namun kemudian mengubah sebahagian daripada keterangan.
Mangsa menyebut hanya Ashish terlibat merogolnya selepas dia dijemput oleh seorang rakan menghadiri majlis berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


