suria

Lady Gaga batal konsert saat akhir, netizen dakwa suara rosak terkena sampuk 'Pulau Patung'

Peminat syak Lady Gaga kena rasuk semasa rakaman muzik video.

PENYANYI Lady Gaga menimbulkan kemarahan peminat apabila mengumumkan pembatalan konsert Mayhem Ball di Miami hanya beberapa minit sebelum ia berlangsung. 

Kata Gaga, 39, konsert yang sepatutnya dijadualkan pada Rabu itu ditangguhkan susulan masalah vokal diri sendiri.  

“Saya benar-benar minta maaf tetapi saya perlu menangguhkan persembahan malam ini (Rabu) di Miami.

Hantaran Lady Gaga di InstaStory pada Rabu. 

“Suara saya sangat tegang semasa latihan. Jadi, doktor dan jurulatih vokal menasihatkan untuk tidak meneruskan." katanya dalam hantaran InstaStory pada Rabu. 

Sedih dengan kejadian tak diduga itu, Gaga sebenarnya berhasrat untuk meneruskan konsert memandangkan ramai peminat sudah menanti kemunculannya.  

Namun, dia terpaksa akur kerana tidak mahu pita suaranya mengalamni kerosakan lebih teruk sehingga boleh menjejaskan kariernya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga muncul di medan selera, nikmati mi udang dan milo dinasour

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kolej busuk hati wujudkan akaun FB sebar kebencian, Lady Gaga jadikan pembakar semangat untuk bangkit

Disebabkan perkara itu, ramai peminat meluahkan rasa terkilan kerana tidak berpeluang melihat penyanyi kesayangan mereka membuat persembahan. 

Malah, ada yang mendakwa Gaga terkena rasukan hantu kerana baru sahaja selesai merakam muzik video di sebuah pulau dipenuhi dengan ukiran patung di Xochimilco, Mexico. 

"Saya rasa dia kena rasuk sebab rakam muzik video lagu The Dead Dance di Isla de las Munecas. Mungkin sampai sekarang masih belum sembuh," dakwa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain