suria

Lima hari hilang di IG, rupanya Raffi Ahmad ziarah rumah Affan Kurniawan

Rafi turut bersedih dengan berita pemergian Affan.

SEPI tanpa sebarang perkongsian di media sosial, kehilangan pelakon dan pengacara Raffi Ahmad menimbulkan kebimbangan ramai termasuk peminat yang selalu mengikuti perkembangannya. 

Kali terakhir Raffi memuat naik hantaran di Instagram pada hujung Ogos lalu yang menunjukkan sokongan terhadap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di tengah-tengah situasi politik negara yang agak tegang.

Ramai yang mula membuat andaian, Raffi turut menjadi sasaran kumpulan demonstrasi memandang dia juga aktif dalam politik. 

Raffi ketika berada di rumah Allahyarham Affan.

Namun segala kekeliruan terjawab apabila muncul satu video yang merungkai keberadaan sebenar figura tersebut.

Dalam satu rakaman Insta Story, kelihatan Raffi dilihat ditemani ibunya, Amy Qanita, berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham Affan Kurniawan iaitu seorang penunggang e-hailing yang maut dalam satu insiden tragis membabitkan kenderaan polis. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Insiden maut seorang penunggang e-hailing di Jakarta, Melly Goeslaw mohon maaf bagi pihak DPR

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tak perlu wakil rakyat, cukup ada pempengaruh prihatin” - Aisar Khaled tuai pujian ramai, sanggup sertai konvoi iringi jenazah Affan Kurniawan bersama ribuan penunggang e-hailing

"Momen Raffi Ahmad berkunjung ke rumah arwah Affan Kurniawan," demikian kapsyen pada video yang dimuat naik pada Selasa.

Untuk rekod, Allahyarham Affan Kurniawan, 21, maut selepas dilanggar kenderaan Brimob di kawasan Pejompongan, Jakarta, Indonesia ketika berlangsungnya satu demonstrasi besar-besaran.

Bagaimanapun, menurut saksi, Affan bukanlah peserta demo, sebaliknya berada di lokasi kerana sedang bekerja. 

Raffi mendiamkan diri beberapa hari selepas berita pemergian Affan.

Jenazah Affan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Karet Bivak, Jakarta Pusat.

Insiden tragik ini turut mendapat perhatian pemimpin negara antaranya Puan Maharani, Pramono Anung, dan Presiden Prabowo Subianto sendiri yang hadir menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain