suria

Song Joong Ki tak halang isteri keluar dengan lelaki, tapi kena balik rumah sebelum 10 malam

Joong Ki (kiri) tidak pernah menghalang isteri keluar bersama rakan lelaki.

PELAKON Song Joong Ki secara terbuka memberitahu dia tidak melarang isterinya untuk keluar bersama rakan-rakan berlainan jantina. 

Bagi Joong Ki tiada istilah cemburu pasangan bersikap jujur dan pertemuan bersama lelaki lain hanyalah sekadar untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan terdekat. 

Berkongsi tentang hubungan dalam rumah tangga, pelakon ini berkata dia bukanlah seorang lelaki yang terlalu mengawal pasangan. 

Joong Ki menerusi temu bual dalam program Weekend Yeonseokdrama: Yoo Bar Lee Talk Bar’.

Bagaimanapun Joong Ki telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum isterinya keluar rumah. 

“Saya sebenarnya tak kisah sangat pun. Tapi selepas pukul 10 malam, saya rasa dah tak wajar. Tak ada sebab nak jumpa waktu macam begitu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang fasih bahasa Inggeris buatkan Song Joong Ki jarang bergaduh dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki elak ‘eye contact’ dengan Song Hye Kyo

"Itu masa untuk tidur atau lebih baik tonton drama lakonan saya, My Youth,” katanya. 

Untuk rekod, Joong Ki berkahwin dengan Katy Louise Saunders pada Januari 2023. 

Mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain