suria

Song Joong Ki elak ‘eye contact’ dengan Song Hye Kyo 

Peminat menantikan pertemuan mereka di acara anugerah tersebut.

SEJAK bercerai lima tahun lalu, pelakon Song Joong Ki dan Song Hye Kyo membawa haluan masing-masing dan tidak lagi pernah dilihat berada dalam acara sama.

Bagaimanapun, Anugerah Baeksang 2024 yang berlangsung pada 7 Mei lalu menjadi detik bersejarah apabila kedua-dua mereka hadir pada acara berprestij berkenaan.

Hye Kyo, 43, hadir sebagai penyampai anugerah manakala Joong Ki tercalon menerusi kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Hopeless.

Copy of Untitled - 2024-05-10T142533.726

Mereka dikatakan cuba menjaga privasi masing-masing.

Joong Ki, 39, dilihat mengelak daripada memandang bekas isterinya itu ketika Hye Kyo muncul di atas pentas bagi menyampaikan anugerah.

Wajah aktor itu juga dilihat serius dan tidak membuat sebarang ekspresi sepanjang Hye Kyo berada di atas pentas.

Peminat kedua-dua pelakon itu meluahkan rasa kecewa kerana impian melihat mereka berinteraksi tidak kesampaian.

Ada berpendapat mereka berkemungkinan berasa janggal selepas lima tahun tidak bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Song Joong Ki terluka, isteri jadi bahan gosip sampai ke Eropah

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun berkahwin, Song Joong Ki fail perceraian terhadap Song Hye Kyo

Malah ada pula merasakan hubungan Hye Kyo dan Joong Ki sememangnya dingin sejak mereka bercerai.

Untuk rekod, Joong Ki dan Hye Kyo mendirikan rumah tangga Oktober 2017 sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Joong Ki kemudian berkahwin dengan Katy Louise Sanders pada 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain