suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun berkahwin, Song Joong Ki fail perceraian terhadap Song Hye Kyo

Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin.

PASANGAN selebriti terkenal Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin.

Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.

"Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya," katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki, Song Hye Kyo Sah Kahwin

Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka.

Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016. - THE KOREA HERALD

Song Joong Ki, Song Hye-kyo

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia