suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga minggu putus cinta, Dua Lipa kini rapat dengan adik Bella Hadid

Dua Lipa menjalainkan hubungan cinta dengan Anwar Hadid selepas tiga minggu putus dengan Carew.

ADIK lelaki kepada dua supermodel paling berpengaruh, Bella dan Gigi Hadid iaitu Anwar Hadid dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi pop British, Dua Lipa.

Lebih menguatkan lagi khabar angin itu apabila Anwar dan Dua Lipa dilihat sedang bercuti bersama di Los Angeles.

Menurut laporan Standard.uk, Anwar, 22, dan Dua Lipa, 23, mula berkenalan secara serius selepas penyanyi lagu New Rules itu berpisah dengan kekasihnya, Cef Isaac Carew, 32, kira-kira tiga minggu lalu.

Dua Lipa dan Carew berpisah selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sehingga kini punca perpisahan antara Dua Lipa dan Carew masih menjadi tanda tanya apabila selebriti itu enggan berkongsi kisah peribadi bersama peminatnya.

Dua Lipa, Anwar Hadid, Gigi hadid

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia