suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima pengiktirafan 'Guiness World Record', BTS hapuskan rekod 24 tahun Kim Gun Mo

BTS pecahkan rekod baharu jualan album terlaris di Korea Selatan.

KUMPULAN Kpop popular, BTS kembali meraih pencapaian luar biasa apabila memecahkan rekod baharu dalam penjualan album.

Menurut laporan Billboard, BTS memecah rekod Guiness apabila album berjudul Map Of Soul: Persona menjadi album terlaris dengan 3,399,302 salinan terjual di Korea Selatan.

Ia sekaligus mengatasi rekod yang dipegang penyanyi Kim Gun Mo menerusi album Mis-Encounter.

Album nyanyian Kim itu dijual sebanyak 3,300,000 salinan dan memegang rekod selama 24 tahun.

Pencapaian ini dianggap luar biasa kerana album Map Of Soul: Persona dilancarkan pada April lalu.

Album tersebut mengandungi tujuh buah lagu termasuklah kolaborasi antara BTS dan Halsey melalui lagu Boy With Luv yang kini masih trending di beberapa buah negara.

SUMBER: Billboard

BTS

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia