suria

Padam foto kekasih di Instagram, Agnes Monica kunci mulut status hubungan cinta

Agnes Monica memadam gambar mesra bersama kekasih di Instagram.

HUBUNGAN cinta antara penyanyi terkenal Indonesia iaitu Agnes Monica bersama kekasihnya Jeff Kopchia dikatakan sudah berakhir apabila pasangan ini tidak lagi berkongsi gambar bersama di Instagram masing-masing.

Lebih menguatkan lagi khabar angin itu apabila lebih banyak gambar mesra mereka yang dimuat naik sebelum ini dipadam oleh Agnes dan Jeff yang juga merupakan seorang produser muzik dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menurut laporan cumicumi.com, kedua-dua mereka masih berkawan namun bertindak mengunci mulut mengenai status sebenar hubungan mereka sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Instagram kedua-dua selebriti ini dibanjiri dengan komen peminat yang mengharapkan hubungan cinta mereka bertaut kembali.

Sebelum ini, penyanyi lagu Matahariku itu pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Hollywood Chris Brown sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan Wijaya Saputra selama tiga tahun.

Agnes Monica, Jeff Kopchia

Artikel Lain