suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kourtney Kardashian bawa anak bercuti dengan Scott Disick, kenapa Sofia Richie tak ikut?

Sofia tidak turut serta dalam percutian bersama teman lelakinya, Scott serta Kourtney.

BIARPUN sudah berpisah namun personaliti terkenal Kourtney Kardashian dan Scott Disick masih menjalinkan hubungan yang baik.

Menurut laporan Hollywoodlife, Kourtney dilihat menikmati percutian bersama bekas pasangannya dan tiga orang anak mereka.

Bagaimanapun, teman wanita Scott iaitu Sofia Richie tidak mengikuti percutian tersebut kerana menyambut ulang tahun kelahiran bapanya.

"Bapa Sofia, Lionel Richie menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 pada hari yang sama dengan percutian Kourtney dan Scott.

Kourtney dan Scott meluangkan masa bercuti bersama anak-anak.

"Mungkin Sofia berada bersama bapanya pada hari itu," kata sumber.

Percutian di Costa Rica itu turut disertai adik Kourtney iaitu Kim Kardashian yang turut membawa anaknya, North West bersama mereka.

Kourtney dan Scott sebelum ini pernah membina keluarga bersama tanpa sebarang ikatan secara rasmi.

Hasil hubungan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iatu Mason, 9, Penelope, 6, dan Reign yang kini berusia empat tahun.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia