suria

Song Joong Ki, Song Hye Kyo Sah Kahwin

Song Joong Ki, Song Hye Kyo selamat bergelar suami isteri. Foto: Koreaboo

KHABAR angin mengenai perkahwinan pasangan pelakon Song Joong Ki dan Song Hye Kyo terjawab apabila mereka berdua sah bergelar suami isteri pada petang Selasa.

Pasangan kekasih drama Descendants Of The Sun selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan.

Menurut portal hiburan Koreaboo, kawasan sekitar hotel dipenuhi peminat dan wartawan yang cuba untuk merakamkan detik hari bahagia pasangan sama cantik sama padan ini.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo Kahwin Hari Ini?


Perkahwinan dalam majlis tertutup.

Malah, beberapa keping gambar dan video turut tular di media sosial menunjukkan suasana dan keadaan di lokasi majlis sedang berlangsung.

Foto perkahwinan pasangan tersebut yang menunjukkan Song Hye Kyo memakai gaun putih telah tersebar di internet.

Portal The Korea Herald pula melaporkan keluarga dan rakan rapat adalah di antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Ibu dan bapa Song Joong Ki memberi restu perkahwinan mereka.

Selain itu, Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum dan rakan-rakan Hye Kyo yang turut serta ialah aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In.

Aktres Zhang Ziyi dan rakan-rakan artis dari program Running Man, turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Berikut

Artikel Lain