suria

Akhirnya Offset Melamar Cardi B

Cardi B dan Offset akhirnya bertunang selepas setahun bercinta.

PENYANYI rap Offset dan Cardi B akhirnya bertunang selepas hampir setahun menjalin cinta.

Menurut laporan US Magazine, Offset membuat kejutan apabila melamar Cardi sewaktu mereka membuat persembahan bersama di sebuah konsert baru-baru ini.

Sewaktu berada di hadapan ribuan penonton, Offset melutut sebelum menghulurkan sebentuk cincin kepada Cardi.

Menerusi video yang tular, Cardi dilihat terkejut dengan lamaran itu dan akhirnya menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin.

Pasangan itu turut mengumumkan berita gembira itu melalui laman Instagram masing-masing dan dihujani ribuan ucapan tahniah dari peminat.

Cardi B, Offset

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain