suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki, Song Hye Kyo Kahwin Hari Ini?

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dikhabarkan bernikah hari ini secara tertutup disebuah hotel di Korea Selatan. Foto: HELLOKPOP

PASANGAN selebriti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dikhabarkan menamatkan zaman bujang mereka pada Selasa di Shilla Hotel, Seoul.

Memetik laporan portal liputan6, keluarga besar Song Joong Ki tiba di Seoul dan menginap di hotel berkenaan sejak Ahad lalu.

Malah, sumber terdekat memaklumkan bintang Descendants of the Sun ini menyewa dewan kecil yang mampu menampung 300 orang dan hanya menjemput 150 orang tetamu sahaja untuk upacara perkahwinan.

Pasangan ini hanya menjemput 150 orang tetamu bagi meraikan hari bahagia mereka.

Sebelum ini, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memberitahu media mereka menginginkan sebuah perkahwinan tertutup. Persiapan telah dilakukan sejak awal tahun lalu.

Pasangan ini juga tidak akan menganjurkan sebarang sidang media berhubung majlis itu.

Hotel Shilla bakal menjadi saksi pernikahan pasangan selebriti ini.

Selepas pernikahan, mereka dikhabarkan akan berangkat ke Eropah untuk berbulan madu.

Di Instagram pelakon tersebut, rata-rata peminat mendoakan kebahagian pasangan selebriti ini dan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata mereka.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia