suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gwen Stefani Terpaksa Mungkir Janji

Menjadi keutamaan Gwen dan Blake untuk meluangkan masa bercuti bersama.

PENYANYI Gwen Stefani tidak dapat menyambut hari kesyukuran bersama keluarga kekasihnya, Blake Shelton di Oklahoma pada tahun ini.

Blake, 41, dan Gwen, 48, sentiasa memastikan mereka ada waktu bercuti bersama yang menjadi kepentingan utama dalam hubungan.

Biarpun tahun ini mereka berharap dapat bersama menyambut hari festival tersebut, namun Gwen terpaksa mungkir janji.

"Kebetulan pada tahun ini, Gwen tengah sibuk mempromosikan album terbarunya. Jadualnya sudah penuh dengan undangan temubual.

"Malah, dia juga ada acara ramah mesra bersama peminat di Los Angeles pada hari festival tersebut," kata sumber menerusi laporan Hollywoodlife.com.

Gwen Stefani, Blake Shelton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia