suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Hye Kyo dan Song Joong Ki keluar dari banglo kediaman sejak sebulan lalu

Pasangan ini dilaporkan sudah keluar daripada kediaman mewah mereka kira-kira sebulan lalu.

KISAH perceraian pasangan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki menarik perhatian dunia yang rata-rata peminat mereka turut bersedih dengan berita tersebut.

Menurut Koreaboo, pasangan ini telah meninggalkan kediaman mewah mereka di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.

Banglo mewah itu didiami setelah berkahwin pada Oktober 2017 dan dibeli dengan harga USD$8.9 juta.

Maklumat mengenai perpindahan mereka itu turut dikongsikan oleh jiran tetangga yang tinggal berdekatan.

"Dari kawasan ini kami nampak mereka buang sampah di luar rumah. Sudah sebulan kami tak nampak mereka keluar," kata sumber.

Sebelum itu, Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.

"Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya," katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

SUMBER: Koreaboo

Song Hye Kyo, Song Joong Ki

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia