suria

Tidak cukup bukti, siasatan khalwat Ifan Seventeen dan Citra Monica dihentikan

Tiada bukti Ifan dan Citra berzina. foto Instagram @ifanseventeen

LAPORAN terbaharu kes tangkap khalwat vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan menunjukkan tiada sebarang bukti berlakunya penzinaan antara dia dengan seorang wanita bernama Citra Monica.

Menurut Liputan6, Pegawai Penyiasat Daerah Bandung iaitu M. Rifai memberitahu tiada bukti yang sah berlaku zina antara dua selebriti ini.

Keputusan awal itu bermakna laporan polis yang dibuat bekas suami Citra Monica terhadap Ifan Seventeen juga tidak dapat diteruskan.

"Hasil laporan menunjukkan tidak cukup bukti," kata M. Rifai.

"Tidak boleh teruskan siasatan (bekas suami Citra) kerana pemeriksaan dilakukan menunjukkan mereka tidak melakukan penzinaan," katanya.

Tular rakaman video Ifan ditangkap khalwat dalam serbuan di kediaman Citra.

Pada awal Jun lalu, penyanyi lagu Kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang.

Menerusi video pendek itu, Ifan kelihatan keluar dari sebuah bilik dengan berseluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju tshirt hitam

Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.

SUMBER: Liputan6

Ifan Seventeen

Artikel Lain