suria

Steven Adler (Gun N' Roses) dikejarkan ke hospital selepas tikam diri sendiri

Steven alami masalah ketagihan dadah.

BEKAS pemain dram Guns N' Roses iaitu Steven Adler dikejarkan ke sebuah hospital apabila menikam dirinya dengan pisau.

Seperti dipetik TMZ pada Jumaat, menurut sumber seseorang individu telah meminta pertolongan 011 dan membuat laporan bahawa Steven cuba mencederakan  dirinya dengan senjata tajam.

Polis dan paramedik tiba di tempat kejadian mendapati Adler mengalami kecederaan di bahagian perut.

Steven Adler keluar dari kumpulan Guns N' Roses pada tahun 1990.

Sumber turut memberitahu kecederaan yang dialami Adler tidak membahayakan nyawa.

Pemuzik itu sebelum ini terbuka memberitahu tentang masalah ketagihan dadah.

Malah, dia menarik diri daripada kumpulan Guns N' Roses pada tahun 1990 juga disebabkan masalah tersebut.

Namun sehingga kini, pihak Adler masih belum memberikan sebarang pernyataan mengenai hal ini.

Steven Adler, Guns N' Roses

Artikel Lain