suria

Rizky Febian sah jadi suami Mahalini, beri jongkong emas sebagai mas kahwin

Mahalini kini sah bergelar isteri Rizky.

PASANGAN Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan telah selamat bernikah dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia pada pagi Jumaat.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.

Bagaimanapun seorang tetamu iaitu Ustaz Maulana berkongsi detik pernikahan pasangan berkenaan kepada media di sana yang sudah menunggu di lobi hotel.

rizky 4

Rizky dan Mahalini juga bakal melangsungkan resepsi meraikan perkahwinan mereka.

Menurut Maulana yang juga merupakan seorang penceramah bebas di Indonesia, Rizky dan bergelar suami kepada Mahalini dengan sekali lafaz.

"Cuma sekali lafaz dengan mas kahwin yang disebut iaitu logam emas dan sejumlah wang. Saya juga diminta untuk berkongsi nasihat pernikahan kepada mereka," katanya kepada media.

Maulana turut memberitahu acara pernikahan tersebut dilakukan mengikut adat Sunda dan keluarga Mahalini hadir dengan berpakaian tradisional masyarakat Bali.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini bakal peluk Islam, majlis nikah dengan Rizky Febian berlangsung di Jakarta

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky dan Mahalini dirai ikut adat Bali, nikah di Jakarta 8 Mei

Pada Ahad lalu pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.

Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.

Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain