suria

Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

Deepika dipercayai baharu pulang daripada bercuti.

PELAKON Deepika Padukone didakwa menolak kamera seorang peminat yang merakamkan videonya sewaktu baru pulang bercuti bersama suami iaitu Ranveer Singh.

Menurut seorang personaliti media sosial yang memuat naik semula video yang dikongsi oleh peminat, Deepika dan Ranveer dipercayai sedang berada di lapangan terbang Mumbai, India sebelum bergegas pulang.

deepika1 - 1

Deepika tidak selesa peminat merakamkan video tanpa izin.

Aktres filem Pathaan itu menggayakan penampilan ringkas dengan menyarung dres labuh rona coklat bersama kaca mata hitam.

Menerusi perkongsian video tersebut, Deepika dilihat sedang diiringi pengawal keselamatan sewaktu berjalan menuju ke kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun kahwin, Deepika Padukone akhirnya umum sudah hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone naik penerbangan kelas ekonomi, peminat meluat tetap pamer sikap sombong

Bagaimanapun, apabila pelakon itu terlihat dirinya sedang dirakam oleh peminat, dia bertindak menolak kamera telefon bimbit tersebut kemudian terus berjalan sambil diekori rapat oleh suaminya.

Tindakan yang dilakukan oleh Deepika itu menerima pelbagai respons peminat yang rata-ratanya kecewa melihat tingkah laku pelakon tersebut.

"Dia (Deepika) menolak telefon dari tangan peminat, perbuatan yang sangat memalukan.

"Peminat yang menyokong Deepika selama ini tetapi diberi layanan seperti itu. Saya kecewa dengan Deepika," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain