suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puaskan hati ibu, Nana tahan sakit buang tatu

Tatu yang dibuang sudah semakin pudar selepas setahun.

SELEPAS hampir dua tahun berkongsi mengenai minat mencacah tatu di badan, kali ini ahli kumpulan Afterschool iaitu Nana dilihat memilih untuk membuang tatu berkenaan atas permintaan ibunya.

Tampil berkongsi perkara itu, Nana yang juga dikenali sebagai Im Jin-ah itu mendedahkan bahawa tatu yang dulunya dibuat adalah sebahagian daripada caranya untuk melepaskan emosi.

WhatsApp Image 2024-05-09 at 13.12.21

Nana merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan Orang Caramel.

Di dalam foto terbaharu yang dimuat naik, peminat melihat ukiran tatu itu sudah semakin pudar dan hanya meninggalkan kesan parut pada badan.

Nana turut memuat naik beberapa keping gambar lagi yang menampakkan kulit badannya yang semakin memudar.

Walaupun tatunya semakin menghilang namun netizen masih mengkritik keputusannya membuat tatu pada awalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain