suria

Rizky dan Mahalini dirai ikut adat Bali, nikah di Jakarta 8 Mei

Pernikahan pasangan ini menjadi perkhawinan yang dinanti-nantikan oleh peminat.

SELEPAS setahun mengikat tali pertunangan, pasangan selebriti Rizky Febian dan Mahalini bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad.

Suara melaporkan sambutan perkahwinan pasangan itu akan mengikut adat istiadat masyarakat Bali sebelum mereka bernikah di Jakarta pada 8 Mei ini mengikut cara Islam.

Copy of Untitled (64)

Upacara istiadat Bali dijalankan di kdiaman keluarga Mahalini.

Mahalini, 24, dilaporkan akan melakukan upacara ‘mepamit’ kepada nenek moyang sebelum mengikut suaminya memulakan kehidupan baharu.

Pada sebelah malam pula, pasangan berkenaan dijadualkan mengadakan majlis resepsi mereka mengikut tradisi Bali.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian dituduh murtad rai Nyepi di Bali, Mahalini bersuara pertahan tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

Sebelum ini, tular di media sosial video yang menunjukkan keadaan kediaman Mahalini di Denpasar, Bali dipenuhi dengan hiasan mengikut istiadat Bali.

Bukan itu juga, kawasan kediaman pelantun lagu Sial itu turut ditutupi khemah dengan atap yang diperbuat dari pelepah pisang dan beberapa papan ucapan disusun dihadapan pagar rumah.

Copy of Untitled (65)

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan selama hampir setahun.

Untuk rekod, Rizky, 26, dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lepas dan hubungan mereka menjadi perhatian umum.

Ia susulan perbezaan agama di antara mereka yang mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain