suria

Kongsi video intim dalam studio Bang Ye Dam, Lee Seo Han mohon maaf

Seo Han menjelaskan video itu dimuat naik untuk tujuan gurauan.

TINDAKAN pelakon Lee Seo Han memuat naik sebuah video intim di antara dua individu yang tidak dikenali di Instastory miliknya pada 1 Mei lalu mengundang kecaman ramai.

Lebih parah, video yang tersebar didakwa dirakam dalam studio milik penyanyi Bang Ye Dam yang juga bekas anggota kumpulan Treasure.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Seo Han, 29, mengakui video tersebut memang dirakam dalam studio Ye Dam atas alasan sekadar bergurau dengan rakan.

Copy of Untitled (53)

Seo Han berkongsi video intim yang dipercayai di studio milik Ye Dam.

Malah, pelakon itu turut memohon maaf kepada peminat Ye Dam atas tindakan yang telah mencalarkan imej penyanyi itu.

"Video yang saya muat naik semalam merupakan jenaka sesama kawan lelaki, saya memohon maaf kepada Ye Dam dan peminatnya kerana video itu dirakam di studio Ye Dam.

"Jangan salah faham atau buat spekulasi tentang video tersebut, saya janji akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink tak sorok hubungan dengan bos Tag Heuer... Sempat dating, makan aiskrim di taman

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

Dalam pada itu, Ye Dam, 22, juga tampil memohon maaf di InstaStory miliknya pada 2 Mei lalu.

"Saya mohon maaf sekiranya timbulkan kebimbangan kepada semua," ujarnya.

Bagaimanapun, netizen menyuarakan kembimbangan kerana video tersebut berkemungkinan dirakam secara haram.

Copy of Untitled (54)

Ye Dam tampil memohon maaf kepada peminatnya.

"Bukankah rakam video seperti ini dianggap jenayah? Saya rasa mereka perlu disiasat.

"Saya rasa ini bukan kali pertama, dia mungkin sudah kongsi video sebelum ini sebab dia cakap video ini dimuat naik tanpa sengaja.

"Kenapa video itu dimuat naik di Instagram dia, dah tiba masa untuk cakap selamat tinggal kepada karier awak," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain