suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak selesa jaya babak berlari pakai seluar dalam, Aamir Khan pertama kali berbogel dalam filem ‘PK’

Aamir akui tak selesa ketika penggambaran tersebut.

LAKONAN Aamir Khan menerusi filem PK mendapat pujian ramai apabila aktor itu berjaya membawa wataknya dengan baik.

Bagaimanapun siapa sangka di sebalik kejayaan filem berkenaan ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan Amir bagi menghidupkan wataknya.

Menurut Aamir, 59, dia terpaksa berlari dalam keadaan bogel dalam salah satu adegan filem berkenaan.

WhatsApp Image 2024-05-04 at 14.06.50

Adegan Aamir mendapat pujian penonton.

Pada awalnya, ketika melakonkan babak tersebut dia mengenakan seluar dalam yang ditampal menggunakan selotip bagi menutup kemaluannya.

Bagaimanapun Aamir berasa tidak selesa membuatkan dia lebih rela telanjang bagi memastikan babak berkenaan kelihatan menyakinkan.

"Saya perlu berlari dalam adegan tersebut tapi agak susah sebab seluar dalam saya hanya ditampal menggunakan selotip.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah disunting promosi parti politik, Aamir Khan buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berdepan tindakan undang-undang hina tentera India dalam filem ‘Laal Singh Chaddha’

"Nak berlari dengan cepat tak boleh jadi saya cakap dengan pengarah tanggalkan seluar dalam saya," kongsinya.

Katanya itu merupakan pengalaman pertama dia berbogel dan berasa malu sebab tidak biasa dengan perkara tersebut.

"Ketika itu terasa aneh, cemas dan malu tapi sebab nak berkerja saya buat saja. Nasib baik filem itu berjaya" katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain