suria

Wajah disunting promosi parti politik, Aamir Khan buat laporan polis

Aamir tidak menyokong mana-mana parti politik di negaranya.

PELAKON Aamir Khan membuat laporan polis ke atas seorang individu yang menyunting wajahnya bagi tujuan memperdaya orang ramai menyokong salah seorang calon parti politik di India.

Aamir berkata dia tidak pernah menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik sepanjang penglibatan 35 tahun sebagai pelakon.

Malah kata Aamir dia tidak pernah berminat untuk dikaitkan dengan politik sebaliknya menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya di India dalam meningkatkan kesedaran awam keluar mengundi.

Aamir 1

Aamir menafikan dia terlibat dengan kempen politik di negaranya.

"Aamir mendedikasikan usahanya meningkatkan kesedaran awam melalui kempen di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya India untuk pilihan raya lalu.

"Kami bimbang penularan video baru-baru ini yang menggesa orang ramai keluar mengundi ahli politik tertentu merosakkan kredibilitinya sebagai selebriti terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berdepan tindakan undang-undang hina tentera India dalam filem ‘Laal Singh Chaddha’

ARTIKEL BERKAITAN: Umum rehat berlakon... ada yang kata Aamir Khan merajuk selepas rugi buat filem

"Amir sendiri tidak pernah menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak sepanjang 35 tahun bergelar pelakon," kata jurucakap bintang terkenal itu.

Amir membuat laporan berkenaan di Balai Polis Khar di Mumbai selepas video berdurasi 30 saat memperlihatkan dia mempromosikan seorang ahli politik tular di media sosial.

Jabatan Jenayah Siber Mumbai dalam satu kenyataan memberitahu akan menyiasat pekara itu di bawah Kanun Keseksaan India (IPC), termasuk 419 (Penyamaran) dan 420 (Penipuan) Akta Teknologi Maklumat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain