suria

Lisa Blackpink beli banglo mewah RM19 juta di Beverly Hills

Lisa dikhabarkan membeli banglo mewah di kawasan elit.

POPULARITI Blackpink bukan sahaja membuatkan kumpulan itu dikenali di seluruh dunia malah menjadikan mereka antara selebriti terkaya.

Bagaimanapun salah seorang anggotanya iaitu Lisa tidak bersikap boros dengan kekayaan dimiliki sebaliknya menggunakan kelebihan itu dengan membeli hartanah.

Lisa atau Lalisa Manoban, 27, dilaporkan melaburkan kekayaannya dengan membeli sebuah banglo mewah berharga AS$3.9 juta atau RM19 juta di Beverly Hills, California.

Untitled design (72)

Lisa dikatakan kini beralih minat ke hartanah mewah pula.

Banglo berkeluasan 1.3 ekar itu cukup mewah selain dikelilingi landskap bukit bukau yang cukup menenangkan selain dilengkapi sistem keselamatan canggih.

Mansion Gloval melaporkan Lisa yang berasal dari Thailand membeli hartanah itu hanya selepas beberapa hari banglo mewah itu siap.

"Lisa membeli sebuah banglo pada harga AS$3.9 juta di Beverly Hills dan ramai selebriti Hollywood lain tinggal di kawasan sama.

"Hartnah itu sangat luar biasa sebab walaupun sudah diubah suai tetapi ia tetap mempunyai aura klasik yang menjadikan ia istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Lisa Blackpink sedang hamil tidak benar, pereka fesyen dedah ukuran pinggang terkini

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Jennie, kali ini Lisa Blackpink pula tubuh agensi sendiri

"Sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan itu akan rasa seperti di tempat lain," katanya.

Tidak hanya di Amerika Syarikat, penyanyi lagu Money itu juga membeli sebuah kediaman mewah di Seongbuk-dong, Seoul tahun lalu yang dilaporkan berharga RM25 juta.

Itu tidak termasuk beberapa hartanah lain dimilikinya di Bangkok, Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain