suria

Penampilan nampak berbeza berbanding foto di IG, peminat syak Syahrini sedang hamil

Syahrini didakwa sedang hamil anak pertama.

PENYANYI Indonesia Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial.

Peminat mula membuat spekulasi Syahrini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami iaitu Reino Barack berjaya dirakam netizen sebelum ia tular di media sosial.

Netizen mula membuat andaian penyanyi itu hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar.

syahrini - 1

Penampilan Syahrini (kiri) yang semakin berisi berjaya dirakam lensa kamera.

Ramai percaya Syahrini atau lebih mesra disapa Princess sedang hamil kerana foto dikongsi di Instagram miliknya kelihatan berbeza.

"Badannya semakin bertambah maksudnya dia sedang hamil, Alhamdulillah... Tetapi kenapa foto yang dimuat naik di Instagram nampak langsing?

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berhijab! Syahrini terlalu rindu Makkah... kini lebih rajin solat, baca Al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini gembira akhirnya dapat balik kampung suami di Jepun naik pesawat peribadi

"Benarkah itu Princess? Kenapa berbeza sangat dengan foto di Instagram," komen netizen.

Sebelum ini, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan selepas melangsungkan pernikahan dengan Reino pada 2019.

Penyanyi tersebut juga dilaporkan memang sedang berusaha menimang cahaya mata namun masih belum diberikan rezeki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain