suria

Biar anak makan ketika mengantuk, Nikita Willy ada alasan tak bagi anak hisap puting

Tindakan Nikita mengundang kecaman netizen.

TINDAKAN pelakon Nikita Willy berkongsi video anak lelakinya yang sedang makan ketika mengantuk mengundang kecaman netizen.

Malah ramai mempersoalkan Nikita memberi anaknya makanan berbanding memberikan puting atau susu.

Nikita 1

Keadaan Issa semasa sedang menjamu selera.

"Jangan buat macam itu Nikita, boleh tercekik anak nanti. Lebih baik bagi hisap puting atau susu.

"Kalau anak awak tercekik macam mana? Silap-silap boleh menyebabkan kematian," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy sedih keguguran, impian timang anak kedua tak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Melawan hukum orang kaya, telur dadar juadah sahur Nikita Willy

Dalam pada itu, Nikita mempertahankan tindakannya memberikan anak lelakinya iaitu Issa makanan berbanding puting.

Ini kerana Issa tidak pernah diajar tidur sambil menghisap puting.

“Lebih baik dia makan daripada hisap puting. Saya daripada dulu tidak membiasakan anak saya hisap puting,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain