suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melawan hukum orang kaya, telur dadar juadah sahur Nikita Willy

Menu sahur Nikita hanya telur dadar dan daging goreng.

MENU sahur yang dikongsi Nikita Willy menerusi laman sosialnya disifatkan sebagai sederhana walaupun pelakon itu seorang jutawan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Nikita, 30, dan suaminya iaitu Indra Priawan Djokosoetono hanya menikmati sepinggan telur dadar bersama dading goreng.

Hidangan sederhana Nikit dan Indra membuatkan netizen kagum kerana makanan yang tersedia biasanya dinikmati oleh golongan kebanyakan.

Pengikut mereka juga percaya Nikita dan suami menjalani kehidupan bertentangan dengan realiti mereka apatah lagi memiliki kekayaan luar biasa.

Nikita menyediakan menu sederhana untuk bersahur.

Nikita menyediakan menu sederhana untuk bersahur.

"Wanita sofisikated seperti Nikita pun bersahur hanya makan telur dadar. Mak saya pun masa rendang ketika sahur.

"Menu sahur Nikita macam saya punya! Hanya telur dadar dan tempe. Bukan sahaja sederhana tapi sedap.

Ini macam melawan hukum orang kaya," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy sedih keguguran, impian timang anak kedua tak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geram tengok anak Nikita Willy, mirip pelakon Korea Wi Ha Joon

Selain menu sahur, pelakon drama Putri Yang Ditukar ini turut berkongsi rutin harian menguruskan anak lelakinya iaitu Issa Xander Djokosoetono yang kini sudah berusia dua tahun.

Tidak hanya itu, Nikita juga berkongsi aktiviti sukan yang dilakukan walaupun sedang berpuasa.

Tidak ketinggalan aspek rohani turut dipaparkan kepada pengikut seperti membaca al-Quran dan solat Tarawih.

Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga dengan Indra pada 16 Oktober 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain