BUAT julung kalinya, dua penyanyi Indonesia Pamungkas dan Nadhif Basamalah bakal berkongsi pentas mendendangkan lagu-lagu galau buat peminat di Malaysia. Pamungkas dan Nadhif akan menghiburkan peminat menerusi Konsert Malam Melankolia pada 3 Mei depan yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif KIG Live, Rendra R. Saputra berkata, konsert ini menjanjikan persembahan yang penuh perasaan dan menyentuh jiwa dari segi susunan muzik dan lirik daripada kedua-dua penyanyi ditampilkan. Ini merupakan kali kedua Pamungkas tampil dengan konsert di Malaysia. Jelas Rendra, pihaknya juga teruja dapat menampilkan Pamungkas dan Nadhif kepada penonton memandangkan kedua-dua penyanyi itu mempunyai pengikut dan penggemar tersendiri. "Konsert Malam Melankolia merayakan tema romantis dan melakolik yang biasa ditemui dalam muzik dan lirik mereka. "Kami teruja membawa semangat mereka kepada pendengar di Malaysia dan memperkenalkan melodi emosi Pamungkas dan Nadhif," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Pamungkas buka siri Konsert Nusa Fest, ubat rindu peminat dengan lagu-lagu patah hati ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Indonesia Pamungkas dianggap jijik, tergamak gosok telefon peminat pada alat sulit Pamungkas merupakan penyanyi yang terkenal dengan lirik yang menusuk kalbu menerusi lagu hit seperti To the Bone, Kenangan Manis dan One Only. Manakala nama Nadhif pula kini sedang meningkat naik dengan lagu Penjaga Hati yang telah menduduki carta muzik stesen radio tempatan. Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan sudah pun mula dijual di laman web KIG Live. Tiket dijual pada harga RM550 (Marigold VIP), RM300 (Rose Free Standing), RM220 (Lily Free Standing), RM300 (Orchid Numbered Premium Seating), dan RM250 (Daisy Numbered Seating). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!