suria

Pamungkas buka siri Konsert Nusa Fest, ubat rindu peminat dengan lagu-lagu patah hati

Pamungkas punya kelompok peminat tersendiri di Malaysia.

PENYANYI asal Indonesia iaitu Pamungkas bakal menjadi artis pertama membuat persembahan acara Konsert Nusa Fest yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 4 Mei.

Menurut penganjur konsert Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, pemilihan Pamungkas juga adalah disebabkan sambutan hangat peminat Malaysia ketika penyanyi itu hadir ke sini tahun lalu.

"Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak kami dengan bangganya membawa vokalis ini bersama kumpulannya ke sebuah lokasi yang lebih intimate dan menjadi idaman setiap pemuzik," katanya.

pamungkas 3

Pamungkas yakin mampu hiburkan peminat Malaysia.

Selain itu kejayaan Pamungkas menghiburkan peminat di 12 lokasi termasuk Thailand, Filipina dan Malaysia tahun lalu juga adalah faktor dia layak membuka acara siri Nusa Fest tahun ini.

Dalam masa sama lokasi acara Zepp, KL pula diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat dengan sistem bunyi yang lebih menarik dan berkualiti.

"Kami percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘Journey To The Future’ bukti Shila Amzah dalam kelas tersendiri, lagu galau tusuk hati penonton

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada istilah bersara, Ella umum konsert sempena 35 tahun sebagai penyanyi

"Para peminat boleh menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik," ujarnya.

Pamungkas merupakan seorang penyanyi dan komposer yang mula aktif sekitar tahun 2009.

pamungkas 2

Peminat berpeluang bertemu Pamungkas dalam sesi meet & greet.

Penyanyi ini terkenal dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa seperti One Only, I Love You But I'm Leeting Go, Kenangan Manis dan Sorry.

Sementara itu lagunya berjudul To The Bone pernah mencipta rekod sebagai banyak didengari diplatform Spotify.

Peminat juga berpeluang bertemu dengan Pamungkas dalam sesi meet and greet menerusi pembelian tiket berharga RM500 di laman web Shiraz Projects.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain