suria

Izzrin Irfan dituduh persenda kanak-kanak sebelum beri duit raya, mengaku sekadar ‘content’

Izzrin tiada niat mempermainkan kanak-kanak.

PELAKON dan penyanyi Izzrin Irfan langsung tidak mempunyai sebarang niat buruk apabila bertindak berkongsi video mempersendakan dua kanak-kanak lelaki sewaktu memberi mereka duit raya pada 1 Syawal lalu.

Izzrin atau Muhammad Izzrin Irfan, 22, sebaliknya berkata, dia merakamkan video tersebut hanya bertujuan untuk bergurau dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan kejiranannya yang mahu mengumpul duit raya.

"Biasalah bila dah petang habis beraya dengan keluarga, saya keluar rumah nampak ada budak-budak duit raya.

"Bila tengok mereka teringat zaman budak-budak dulu. Saya pun nak bagi mereka duit raya.

izzrin1 - 1

Izzrin menyambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah.

"Sambil-sambil tu rasa macam nak buat satu content. Tengah rekod tu rasa macam nak menyakat budak-budak tu dan bergurau minta beg pada mereka," katanya ketika dihubungi mStar.

Izzrin mengundang kritikan netizen apabila memuat naik video yang menunjukkan dia meminta beg daripada dua orang budak lelaki yang sedang berjalan di kawasan perumahannya di Sungai Petani, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah sahabat beri Izzrin Irfan idea cipta 'Sakit Tiada Bererti', harap jadi inspirasi buat penderita kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Izzrin Irfan berehat dari dunia seni angkara sihir, amal ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri

Menerusi video tersebut, Izzrin menawarkan duit raya tetapi harus memberikan beg kepunyaan mereka terlebih dahulu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai video itu, Izzrin berkata, dia tidak menyangka salah seorang kanak-kanak itu memberi begnya dan langsung tidak terfikir bahawa ia mengundang rasa tidak senang orang ramai.

Kata penyanyi lagu Sakit Tiada Bererti itu, kanak-kanak tersebut tidak mengambil hati akan tindakannya itu dan memohon agar netizen memandang positif serta mengambil ikhtibar daripada video berkenaan.

Tengah rekod tu rasa macam nak menyakat budak-budak tu dan bergurau minta beg pada mereka.

IZZRIN IRFAN

PELAKON/PENYANYI

"Saya tak sangka pula mereka beri beg itu. Saya tak ada niat buruk nak viral ke apa. Cuma itulah saya tak terfikir perkara itu boleh menimbulkan idea untuk orang berniat jahat.

"Cuma, ikhtibarnya juga boleh kita ambil untuk kanak-kanak lebih peka dan jangan beri barang peribadi secara sembarangan kepada orang yang tidak dikenali.

"Budak-budak tu sendiri pun ada meninggalkan komen pada video yang saya muat naik. Ada pula yang minta duit raya. Alhamdulillah, mereka okay saja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain